Isnin, 1 Februari 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...


moga berbahagia utk selamanye...amin


wa..dengar cite dua kali tembak tuan..ok la tue..


moga2.. happy ending story...


berkat di pinta...restu dicari...
mok tak susoh hati..


welcome to our family....


nape ella makin gemuk..jaga2..awok tue nok kawin tak lame lagi


Ahad, 10 Januari 2010

TAHUN MENYAMBUT AHLI BARU...




new future sister in-law....anyway moga berkekalan hingga akhir hayat..nie baru majlis bertunang...kawin hujung bulan 1 2010 ...birthday koi kut..








ambik berkat...




















nie nape sume senyum2 .....senyum ada makna tue...

Ahad, 4 Oktober 2009

PEGUMUMAN..PEGUMUMAN


Asslamualaikum.....

Ape khabooo...jika embong ,..ngah side..seli atau shaeela..nok post gambar terbaru, terutama majlis pertunangan shaeela nanti,(sori x dapat balik) atau gambar kenangan untuk dipublish dalam blog nie..bole la send kat email koi di
ust_fadzil@yahoo.com.my..dan satu lagi permintaan la..kalau ader gambo penuh umoh kite kat busut jin..dan gambo lame..arwah wan dan aki (kalu tak silap koi ader kat album diumoh)...

sekian wassallam
..sallam dari tawau untuk semua

LAWOK ..LAWOK...PENGAJARAN

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di duna juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat

KENANGAN BERCUTI CEMERON HIGHLAND ....





bile lagi nak gi ngah..? kali nie kite gi ramai2..semue ikut..

RENUNGAN SESAME KITE........

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

CARA NOK LAJUKAN INTERNET..( UMAH ATAU OPIS..)

Cara melajukan capaian internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

AYAHANDA HAJI ABD AZIZ MOHD ALI




Sentiasa cool dan stedy...Moga Allah panjang kan umur abah..

LAGI NOSTALGIA..






sebuah potret dapat menterjemahkan seribu cerita dan memori.......

Selasa, 29 September 2009

POTRET NOSTALGIA KELUARGA









Begitu cepat masa berlalu pergi...tak terasa memori itu pernah ada.

NEAR PAHANG RIVERBANKS



Gambar dengan anak saudara di tepi esplande temerloh near by riverbanks sungai pahang. Bulan pose baru-baru nie.

Isnin, 28 September 2009

ASAL USUL -SUSUR GALUR KELUARGA


SALASILAH KETURUNAN KELUARGA

MEMORI..

Gambar Almarhum nenda siti dan zainab

PRA " MAKAN BERADAB"


Makan malam di rumah seli dikuantan...sebelum berlepas pulang ke tawau..Ella bawak bakal Tunang..Nuar bawak bakal makwe...anyway hopefully best keputusan adalah di tangan sendiri..
tapi tabik pada Abah ngan Mak sebab sporting bagi anak-anak buat keputusan sendiri..
janji bahagia..

FRESH PATIN FROM PAHANG RIVER..





Berhari raya di seberang Temerloh. Sempat tengok sangkar ikan patin abang atan.Dan sempat juga beli ikan patin untuk dibawak balik ke tawau..fresh patin from pahang river..

HARI RAYA AIDULFITRI 2009 KELUARGA HAJI ABD AZIZ BIN MOHD ALI




Kenangan berhari raya bersama keluarga pada tahun ini sungguh bermakna. Kami pada tahun ini dapat berkumpul semua adik beradik.Bukan selalu dapat bersama-sama begini. Moga ikatan kekeluargaan kami semakin erat dan kukuh dan dapat berkumpul begini pada tahun depan lagi

ASSALAMUALAIKUM...


Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung laman sesawang ini..Ianya di bina atas permintaan untuk merapatkan perhubungan sesame keluarga terutamanya dari keluarga keturunan Haji Abd Aziz Bin Mohd Ali yang berasal dari Kampung Busut Jin Temerloh Pahang. Laman sesawang ini juga bertujuan untuk mengumpul salasilah keturunan nenda hingga kelapisan keturunan keatas yang sekarang dimakluman hanya sampai kelapisan 4 generasi sahaja.Moga-moga dengan terbinanya usaha ini dapat merapatkan kembali ukuhawah yang terjalin dan mengukuhkan hubungan sedia ada...Wallahullam..